Angin lintang

Angin lintang merujuk kepada angin yang bertiup secara melintang daripada arah perjalanan. Sebagai contoh, di dalam penerbangan, angin lintang merujuk kepada konponen angin yang bertiup 90 darjah merentangi landasan kapal terbang, menjadikan pendaratan bertambah sukar dan berbahaya berbanding dengan angin yang bertiup selari dengan arah penerbangan.Selain itu, angin lintang juga boleh berlaku di atas jambatan yang panjang ataupun di lebuh raya, yang membahayakan pemandu disebabkan daya angkat yang mungkin terhasil apabila berhadapan dengan angin lintang. Cara yang paling selamat untuk menghadapi angin lintang ialah dengan mengurangkan kelajuan kenderaan serta cuba memandu melawan arah angin lintang.Angin lintang boleh dikira dengan mendarabkan kelajuan angin dengan sinus bagi sudut antara angin lintang dengan arah perjalanan. Contohnya, kelajuan komponen angin lintang bagi angin berkelajuan 10 knot yang datang pada arah 45 darjah daripada arah perjalanan ialah 10 kts•sin(45°) ataupun lebih kurang 7.07 knot.